KUCHING: Yang Dipertua Negeri Sarawak yang baharu, Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) hari ini.
Pesawat khas yang membawa beliau dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi mendarat di LTAK pada 11 pagi tadi.
Ketibaan pasangan itu disambut oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta dua Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.
Turut hadir bagi menyambut ketibaan Yang Dipertua Negeri Sarawak kelapan itu ialah menteri-menteri Sarawak serta ketua-ketua masyarakat bahagian Kuching.
Wan Junaidi, 77, dijadualkan menghadiri Istiadat Angkat Sumpah Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak di Dewan Undangan Negeri pada Isnin ini (29 Jan).
Beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Sarawak bagi tempoh empat tahun bermula 26 Jan 2024 hingga 26 Jan 2028.
Pelantikan Wan Junaidi adalah bagi menggantikan Tun Abdul Taib Mahmud yang menyandang jawatan itu selama tiga penggal bermula 1 Mac 2014.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 27 2024
Yang Dipertua Negeri Sarawak yang baharu, Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) hari ini. - Foto Bernama
Perak perlu lebih 57,000 unit rumah menjelang 2030
Perak memerlukan 57,407 unit rumah menjelang 2030, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Perdagangan Malaysia naik 12.1 peratus, eksport meningkat 9.1 peratus pada April - MITI
Perdagangan Malaysia mengekalkan prestasi kukuh dan trend peningkatan pada April 2024 dengan merekodkan pertumbuhan dua digit 12.1 peratus kepada RM221.74 bilionberbanding April 2023.
China rakan penting Malaysia dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital - Teo
China merupakan rakan kongsi penting dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital di Malaysia.
Kematian Raisi, Amirabdollahian kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam - Mohamad
Kematian Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya, Dr Hossein Amirabdollahian merupakan satu kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam.
AWANI Ringkas: Kes denggi meningkat, 40 maut sejak Januari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Luncur air di tengah padang pasir di Arab Saudi
Aquarabia ialah sebuah taman tema air dengan kolam ombak buatan manusia terbesar di Asia Barat.
Jenazah suspek serang Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan
Jenazah suspek lelaki yang mati ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan di Pusara Islam Sungai Tiram, Ulu Tiram.
Elon Musk lancar Starlink di Indonesia
ELON Musk dan Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin, telah melancarkan perkhidmatan Starlink di Indonesia semalam.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 2 anggota terkorban diklasifikasi Syahid Akhirat
Jawatankuasa Fatwa mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dan simpati ke atas suspek di atas tindakannya membunuh polis.
Lai Ching-te bakal angkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan
Lai Ching-te dari Parti Progresif Demokratik yang memerintah Taiwan, dijadualkan mengangkat sumpah dan memulakan tugas sebagai presiden pulau itu pada Isnin.
Wan Junaidi tiba di Kuching sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak baharu
Yang Dipertua Negeri Sarawak yang baharu, Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) hari ini.
Ucap tahniah, Wan Junaidi beri 'pesanan' kepada Kerajaan Perpaduan
Wan Junaidi berharap Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mewujudkan sinergi yang kuat.
PRU15: Wan Junaidi, Rohani dijangka gugur, GPS tampil 14 muka baharu
Dua tokoh veteran merupakan antara tiga nama yang bakal digugurkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada 19 November ini.
RUU Sumbangan Dana Politik dibentang Nov ini, libat urus 28 Sept
Bacaan Pertama RUU berkenaan dijangka dibuat pada awal November disusuli dengan Bacaan Kedua pada hujung bulan sama.
Kabinet setuju secara prinsip tiga perkara reformasi Parlimen - Wan Junaidi
Jemaah Menteri pada 1 Jun telah bersetuju secara prinsip dengan tiga perkara dalam cadangan reformasi Parlimen.
Dewan Rakyat: RUU kecualikan kerabat diraja daripada mengundi diluluskan
RUU tersebut dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Tubuhkan jabatan khas tangani masalah tuntutan sempadan negara - Pakar
Penubuhan jabatan tersebut adalah penting bagi membolehkan pemerhatian secara jelas selain dapat menangani masalah tersebut dengan lebih cepat.
Kerajaan tidak iktiraf tuntutan RM62.59 bilion waris Sultan Sulu
Mahkamah Madrid pada 29 Jun 2021 membatalkan pelantikan Penimbang Tara yang menguruskan tuntutan itu.
Undi18 tidak dilaksanakan segera berikutan banyak perkara perlu diselesaikan, COVID-19
Pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun, tidak bermaksud ia akan dilaksanakan segera selepas pindaan itu dilakukan pada 2019.
Kerajaan akan kaji semula undang-undang kebankrapan - Wan Junaidi
Beliau sedang berbincang dengan pegawainya serta Ketua Pengarah Insolvensi supaya mewujudkan undang-undang yang lebih baik dan mesra kepada masyarakat.